Saturday, November 7, 2009

Masa...


Indahnya..masa berlalu terlalu pantas, keluarga, kerjaya dan teman berjalan beriringan..aku tetap aku..Kekadang masa yang ada pun tak sempat ku penuhi dengan benda yang berfaedah (yala..kekadang tu nakal gak).Kerjaya di tempat baru telah pun sebulan berlalu. Take it or leave it..belajar adalah perkataan terbaik untuk aku praktikkan. Blog ni pun dah lama terbengkalai. Tak tersempat untuk ku jenguk..Kelakarkan..padahal...masa tu ada (sambil menggaru kepala yang tak gatal). Anak pun dah semakin membesar (keluarga belum bertambah besar tau). diam tak diam..anyway..semoga akan datang aku semakin menghargai 'masa' dalam ertikata yang sebenarnya...

Saturday, October 10, 2009

Balik Kampung



Kepulangan yang tidak dirancang..setelah 3 hari berhari raya..terdetik dihati untuk menjenguk keluarga suamiku tercinta di kampung yang telah 5 tahun ku tinggalkan.Pagi 22/09/09, ligat tangan memasuki website airasia..tup..tap..tup..tap..deal..24/9/09 kami akan terbang ke kampung suamiku melalui penerbangan senai-lcct dan lcct-padang..preparation memang tak sempat..mak mentua sekeluarga pelagi..cam tak percaya yang kami akan beraya di sana..kakak iparku pun sanggup menangguhkan perjalanan pulang mereka ke Pekan Baru untuk bertemu dengan anak buahnya yang tidak pernah dilihat..untuk anak2 ku, ini kali pertama mereka akan pulang berhari raya bersama sepupu dan makcik mereka yang tidak pernah mereka lihat..adakah mereka akan seperti ayam dan itik? perbezaan adat dan pergaulan mungkin akan membataskan perbualan mereka..aku bersyukur kerana dpt menziarahi pusara arwah bapa mentua ku iaitu Nursyirwan Bin Abas yang telah 2 tahun pulang ke pangkuan Illahi.Gambar2 yang di'upload' menggambarkan kegembiraan kami sekeluarga kerana dpt pulang berkumpul dengan mereka yang kami sayangi..Terima kasih Ya Tuhanku kerana telah menunaikan hajatku dan membawa kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada 29/09/09 sehari sebelum kejadian gempa melanda Padang dengan selamat..Kepada mereka yang dilanda musibah sentiasalah memohon kepadaNya..

Wednesday, September 16, 2009

Tarikh Keramat-17/9/09


Saat-saat terakhir menjelang jam 4.45petang. Mood raya pun dah datang. Eee..seronoknya..Selamat tinggal FMM Johor..Selamat tinggal kerusi..selamat tinggal pc..selamat tinggal telefon..selamat tinggal segalanya..ku bakal merinduimu..ting tong...



Tuesday, September 15, 2009

Ungkapan Selamat HArI RaYa AiDilFItRi-2009

Daripada;
Trisno Quartris
Siti Nurul Azrin Bt Hassan
Muhammad Amir Haziq Bin Trisno Quartris
Muhammad Amir Rifqi Bin Trisno Quartris

Counting

One more day to go..17hb September last day aku kat FMM Johor sebagai Secretary. Yang pahit, yang manis semua terkumpul di sini. Semoga pengalaman yang telah kuperolehi selama 3 tahun berkerja, akan berguna di tempat kerja ku yang baru...Semoga Tuhan Yang Esa merahmatiku selama-lamanya..Amin

Thursday, August 20, 2009

Ramadhan Al-Mubarak - 22/08/2009

Entri ku kali ini bertujuan untuk mengucapkan selamat menunaikan ibadah puasa di bulan yang penuh barakah dan rahmah ini kepada kawan2 ku semua. Esok bermulanya amalan kita utk mencari pahala sebanyak yang boleh dlm tahun ini. Jadi jagalah amalan anda semua yea. SELAMAT BERPUASA.

Sunday, August 9, 2009

Atuk Kawen


9 August 2009 - Warm Welcome to my new Mother into our family. Tahniah ek utk ayahanda tercinta HASSAN MOHAMMAD dengan kehadiran insan terbaru SAMSHIA SARIBIN. Majlis selamat dilangsungkan dengan jayanya. Keluarga aku pun semakin besar dengan kehadiran ramai makcik baru dan juga aku dapat nenek dan moyang juga. Complete semula family aku. Anak aku pun dapat la nenek baru, moyang dan buyut..Semuanya sihat2 belaka..Orang lama pandai jaga kesihatan. Semoga dengan adanya orang baru ini, kehidupan abah akan bertambah bahagia dan aku akan sentiasa mendoakan kesejahteraan dan keharmonian dalam keluarga untuk kita nikmati bersama. Salam sayang dari anakmu sekeluarga untuk abah tercinta.

zoo JB

Bertempat di Zoo Johor, Seisi beriadah ketika ayah Trisno bercuti.Cuaca hari tu pun sangat ler cantik..redup macam nak hujan tapi Alhamdullillah samapi aktiviti selesai baru ler ujan nak turun..Suka Rifqi tgk anak gajah. Mak ngan bapak gajah dah takde. Tinggal baby nyer jek. Sampai balik rumah Rifqi hafal gajah menari. Banyak animal yang Rifqi dah kenal..Palingd dia suka bagi ayam makan kacang kuda rebus..siap panggil ayam lagi..uuuuuk..uuuuk..uuuk..hehehehe..tapi terkezut gak dia bila dgr rimau mengaum..takut dia jadinya..Haziq pun sama..walaupun dah besar, tapi tetap takut. Anyway, nampaknya zoo johor ni dah ader gak la perubahan. so, kalau ader sesapa yang rasanya takde idea nak buat aktiviti dihujung minggu leh la beriadah cam aku..

Wednesday, August 5, 2009

Haziq di jangkiti Chicken Pox

06.08.09 - Pagi tadi Haziq bangun dengan mulut yg becok. Ayat pertama, Hari ni hari Khamis, balik nanti bawa balik baju ngaji, esok jumaat petang bawa balik tuala, hari sabtu atuk kawin kan mama...aku pun pelik..sah anak aku ni demam tak baik lagi..Aku balas aa...Ni mesti Haziq demam..sebab tu mulut becok..Dia jawab balik..aa la mama..kat bdn abang yg merah ari tu gatal..ada tumbuh yg baru kat kepala ngan belakang badan abg la mama..aku hape lagi terus bangun rasa kepala dia..SAH!!! Dia terus ckp abang kena chicen pox ek mama...aku pun iya kan..terus nasihat dia jgn garu nanti tak hensem..tapi dia kata gatal..tak tahan..ala kecian anak aku..patutlah ari Isnin demam..ari ni benda tu nak keluar rupanya..nasib baik tak meragam sebab dia ni jenis bila nak demam mulut becok..selera makan terus takde..dan terus jadi pendiam lepas tu..senang makan ubat takpe..semoga cepat sembuh ya Haziq..nanti leh tgk atuk kawen..kalu tak kena kuarantin kat umah la kiter...

Thursday, July 30, 2009

2nd Birthday Rifqi - 25 July 2009


Selamat Hari Jadi..Hadiah dari mama, ayah dan abang Haziq utk Rifqi. On the day, ayah work at Mersing. Terpaksa.. sebab yang kahwin nyer kawan baik dia. So dah tak tau nak buat ape kat rumah, aku pun selongkar la dapur..maka terhasillah kek yang comot n bengot2 ni utk Rifqi...on process, abg haziq jeles..siap minta kek dia akan datang ada gmbr spiderman..Tak sabar dia nak potong kek adik dia..then kul 9.30mlm org yg di tunggu pun tiba, ayah belikan rifqi a small portion of cake from the King's Bakery at TESco..seronok Rifqi..then kul 10.00 kita pun nyanyi Birthday song utk Rifqi..dia cam faham jek..sengih2..part potong kek yg tak tahan, abang gaduh nak potong kek ngan adik dia..memang jeles...hehehe..so inilah gambar kek yang aku buat..bangga gak walaupun leceh...bukannya ape..leceh mengemas...Anyway, Rifqi sekarang on progress recovery from his chicken pox...and still hencem.


Wednesday, July 22, 2009

Chicken Pox

22 July 2009-Hari pertama Muhammad Amir Rifqi mendapat jangkitan Chicken Pox..Kasihan anakanda mama..8 July 2009, dia demam..aku bawa jumpa doktor, 20 July 2009 sekali lagi aku bawa dia ke klinik disebabkan batuk dan selsema yang tak juga pulih..21 July 2009 jam 10.30 mlm akhirnya menampakkan tanda2 jangkitan virus chicken pox.Setelah di sahkan oleh doktor..patutlah dah berapa hari mata dia berair dan air liur meleleh..Hari ini Rifqi di hantar ke rumah penjaga di mana tidak seperti selalunya, ku hantar dia ke nurseri..Terperanjat bila ku lihat penjaganya pun sedang dijangkiti penyakit yang sama. Bila masuk ke dlm rumah, ada lebih kurang 5 kanak2 yang memang menjadi penghuni setia nurseri anak aku telah dikuarantin. Nampaknya memang musim chicken pox..Rasa kasihan dan nak menangis tengok kanak2 terbaring dengan kesan chicken pox yang baru nak mengering dan besar. Ada yang berlubang sebab tak tahan gatal akibat digaru. Mama berdoa agar Rifqi cepat sembuh dan dapat menyambut hari jadi yang ke 2 pada 25 July 2009 nanti..InsyaAllah..Mama sayang Rifqi..

Edisi Hujung Minggu-Berjumpa Hairstylis dari...





Bangla ka? Pakistan ka? Gohead Gostan ka? Tanjung Rambutan ka? Janji anak aku nampak smart and machoo...hehehehe

Tuesday, July 21, 2009

Futsal Tournament-on duty




Futsal Tournament 16-4-09...dah setahun tak organize program..Penat dan memenatkan..Gambar ni pun dah lama dalam pc..baru teringat nak upload dan memeriahkan blog ni..Yang berbaju hijau tu semua officemate.. Tournament ni dimenangi oleh kilang dari Kluang (Hempel Manufacturing)..Tahniah..

Tuesday, June 9, 2009

Family Outing @ Hutan bandar












Hari yang indah.Aktiviti sempena ayah bercuti dari mengambil gambar wedding.Kena dera lak amik gambar family sendiri (ahaks!)..Dah lama tak jengah Hutan bandar ni. Ada la juga perubahan. Kura2 makin membiak dengan jayanya. Rifqi sampai tak nak balik tgk kura2 berenang kat dlm kolam. Nasib baik dia tak lompat berenang dlm kolam yang keruh cam teh tarik tu.Aktiviti utama bawa Haziq dan Rifqi cuba kolam renang kat tmpt ni. Mak oii..Org punyalah ramai. Tapi still leh selit utk berenang. Nak ckp air nyer memang lah tak sihat utk kanak2 sebenarnya tapi dah namanya bebudak..nampak air terus nak mandi. Nasib baik ade tempat bilas. Kalu tak..isk! hanyir satu kete. After mandi, kitorg pun ape lagi..seisi bergambar la..tu yg pelbagai aksi dpt di capture oleh ayahnya.Anyway, memang seronok dpt beraktiviti sesekali seperti ini...

Thursday, April 2, 2009

CSI cAse


Bahan bukti 1:
Bahan Bukti 2:
Bahan Bukti 3:

SiapaKah PelakuNya? 1...2...3...
Tadaaaaa....
Isk...nasib baik hensem...buat muka tak bersalah tu..mama dia gak kena lap..nasib baik cat mahal..kalu tak ..jadi singa mama dia satu hari..ape pun, terserlah kreativiti dan kepandaiannya...akekekeke..Sayang anak mama...


KoleKsi terBaru

Dah lama aku nak cuba brand ni, akhirnya tercapai jua apa yang ku hajati. Bertemankan hubbyku pada harijadiku, aku pun menuju ke tempat yang dihajati..blom sempat aku masuk, sales girl dah dtg approach..tak sangka on the day ader promotion utk "Hello Kitty"..Hubby aku sporting kata sales girl yang bernama Nicole tu..sebab temankan aku g shopping..decided utk beli barang2 ni...

pastu aderla seisi make over..hubby tinggalkan kita kat situ n dia g survey brg fotografi la..hubby cakap "muka mama lain" after make over..kembang kempis hidung aku..comment cam ok jek..yala aku pun dah labur duit byk beli brg kat atas..kalu tak ok rasa rugi jek...

AcaRa meMotonG Kek

video


Acara ini di selangi dengan nyanyian dari Haziq di iringi penyanyi latar yang terkenal Mama Siti...Dengarkan. Terima kasih atas nyanyianmu anakku...

My BirThday CaKe


Tada..here is some pictures of my cake to share with you all..bought by my hubby after he fetched my sons..Requested by the older -Haziq...Beria-ia nak kek...Dah 30 Tahun tu...Thanks God for all the good things you had give to me...Alhamdullillah

Wednesday, April 1, 2009

Lunch with Hubby...during my birthday


27-03-2009: Celebrate my birthday with my hubby..Dia belanja kita makan kat Garden Restaurant, JJ..Ok n nice..My sons were left at the childcare..so that we can together2..dah lama tak "bercinta"..bila berdua ni bebetul feeling..kopak my hubby..akekekek..Anyway..thanks dear for the lovely lunch..

Tuesday, March 31, 2009

EaRly BiRtHdaY PreSent



26-03-2009(Fri):Surprise!!..Lepas solat asar aku turun dari surau, tengah nak kemas handbag ternampaklah beg kertas yang telah di balut rapi kat dlm handbag aku..Rupanya hadiah awal dari officemate aku, Miss Wan Aminah..Terima kasih yea..Sampai rumah jek, kena rampas dgn anak2 aku..tadaa...terserlah isi di dalamnya..sepasang kerongsang dragonfly..Rifqi suka sangat..sebab dia memang suka animal..

Tuesday, March 24, 2009

LaWan!LaWan!LaWan....




Tarikh perlawanan : 24-03-2009 / Selasa / 8.00 malam
Pasukan : Ayah TrisNo menentang Abang Haziq n Adik RiFqi
KeputuSan PerLawanan : 2 kali main tak terkira jumlah Gol

Yea!!Nampaknya abang dan adik telah bersekongkol menentang ayahnya di dalam troli..Tanpa segan silunya, perlawanan ini telah menarik perhatian penonton berbaju hitam (bukan aper, abang tu takder anak lelaki, 3 anak pompuan keliling dia, otw anak lelaki agaknya. Wife dia tgh pregnant)..hehehe...Perlawanan telah berlangsung di TESCO Seri Alam ini berkesudahan banyak gol...ayah kena buli dgn anak2nya :).TahNiaH kepada semua!!! Ayah kena belanja abang hotplate akhirnya..

Sunday, March 22, 2009

Sore EyeS





12-25/01/2009..Dah lama tak dpt penyakit mata ni..tetiba kena tu rasa gelap jap dunia..ape taknya...satu family..ini bukan sakit biasa dr kata..virus..mata memang kabur gile..rehat kat rumah pun bukannya leh tgk tv..so duduk diam2..Ni gambar kat Pakar Puteri tgh tunggu giliran amik ubat..si kecik mata merah..dia last dpt sakit ni..tu yang diam jek..ayah nya otw sembuh..satu pengalaman yang menakjubkan menghadapi penyakit ni..1. hubby aku g klinik yg berlainan 3 kali termasuk pakar mata. 2.Haziq kebal, 2 hari mata dah baik 3. Aku dpt cuti mc sampai 2 minggu 4. Rifqi penutup dalam keluarga 5. Taska dilanda sakit mata..kesian mereka..