Saturday, December 4, 2010

Haziq's Final Day




Dah lama tak mengupdate kat blog sendiri. Apa khabar semua? Ni pun teringat gambar kenangan Haziq yg rasanya rugi kalau tak dikongsi..Periksa akhir tahun haziq berjaya dapat no 1. Yea....congrats..gambar2 terakhir haziq bersama cikgu kelas dia..Adik dok sibuk sebab ade chipmunks Marrybrown buat chicken dance..



Sunday, August 29, 2010

Kelas Cokelat



Salam ramadhan..dah lama tak mengupdate..sebenarnya dah lama aku nak belajar buat cokelat ni..alhamdullillah semalam dimakbulkan jua dengan muncul nya rakan baikku dari KL ni..Nama cikgu cekelat aku kali ni...Cikgu Hasnah.. yang diimport khas dari KL sempena dia bercuti bersalin..kahkahkah..aku dera dia..pada mulanya ingatkan buat cokelat ni payah..tapi lama2 seronok gak dengan askar aku 2 orang bantu menghabiskan cokelat yg mama dia tgh buat..apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih kat kawan baikku atas tunjuk ajar..semoga ilmu yang aku dapat akan berguna pada masa depan..sori gambo tak berapa menawan, pakai h/p jek..rasa cokelat tu tak leh tahan..marvelous..yummy...nasib baik posa.. :)

Sunday, July 11, 2010

Trisno@Newspaper Sinar 11.7.2010

Kul 8.07am Kak Lyn kawan lama dari suratkhabar Sinar sms..citer trisno kua paper hari ni..aku g kedai ngan mak mentua yg baru 5 hari sampai M'sia. Tunjuk jek story anak dia, senyum bangga, nada suara terus bertukar..naik kete terus baca walaupun spek tertinggal kat rumah..dah jalan ke kipmart masai, terus mak mentioned nak beli senaskah lagi nak bawak balik kg. Pergh..betapa bangga nya dia ngan kejayaan anaknya. Sampai rumah tak sabar dia nak tunjuk kat anaknya. Aku pun tumpang bangga gak..tapi bangga dengan cara tersembunyi..Tahniah 'suamiku'.


Thursday, July 8, 2010

FRIENDSHIP'S DAY PUSPATRI



Kepala yang berkecamuk dan hati yang sedih terubat bila mendapat hadiah pada hari istimewa ni. Dah lama aku tak rasa seperti dihargai seperti hari ini. Hadiah yg diberi dgn penuh keikhlasan diterima dengan penuh kesayuan. Terima kasih kepada semua terutama kepada seseorang..i really appreciate it.

Saturday, July 3, 2010

Report Card Day - 3 July 2010











Tahniah untuk Mohammad Amir Haziq Bin Trisno Quartris kerana berjaya mendapat tempat ke 2 dalam kelasnya. Mama bangga dan hampir menitiskan air mata tadi. Waktu pertama kali Haziq melangkah ke sekolah, mama hanya mengharapkan Haziq belajar sambil bermain saja, tapi mama tak sangka anak mama serius waktu belajar. Hari Isnin nanti cikgu akan beri abang hadiah di kelas. Cikgu pesan, kalau hujung tahun Haziq berjaya dpt no 1-3 nanti dapat naik pentas amik hadiah. Apa pun mama doakan kejayaan anak mama sampai bila-bila. Mama cuma dapat hadiahkan sand art Toy Story aja untuk abang. Mama bersyukur kepada Tuhan atas anugerahnya selama ini..Amin

Wednesday, June 30, 2010

Haziq's 6th birthday







Meningkat lagi usia anak sulungku. Alhamdullillah. Mama mendoakan yang terbaik untukmu, semoga kamu menjadi anak yang soleh, berjaya dalam kehidupan dan sentiasa dilindungi oleh Yang Maha Esa. Mama akan sentiasa menyayangimu. Tiada hadiah dari mama hanya ucapan selamat ulang tahun untuk kali ini. Hadiah kereta control dan 2 biji kek untuk sambutan di Taska dan Tadika dari ayah membuatmu bahagia. Selamat anakku.

Saturday, June 26, 2010

Festival Layang-Layang






Berlangsung di Bukit Layang-Layang dari 26-27.06.2010. Banyak jugalah layang2 yg cantik2 dipamerkan. Masalah utama adalah, gerai byk sangat, jadi kalu bawa anak2 beware..takut duit melayang cam aku..kekeke.

My old friends



Tak sangka boleh berjumpa semula kawan lama setelah terpisah selama 10 tahun. Berjumpa ketika 2-2 sedang menjalankan tugas. Berpisah sebab masa tu syarikat kitorang tutup operation kat jb then tansfer ke kl. Seronoknya.

Minggu Orientasi Pelajar INSEP 2/2009




Tadaa....ni la tugas barua ku. Utk monitor perjalanan minggu orientasi. Bermacam karenah dapat dilihat. Anak muda zaman sekarang. Kena sergah sedikit dah tak tentu hala.

Bengkel ICC@Maju, Larkin-Part 1




2 hari berturut-turut aku diminta untuk menghadiri kelas ICC ni. Penat gak ler kepala otak. Tapi bila part makan 3 kali tu yg ok sikit ler. Aksi-aksi ketika seisi perbincangan dijalankan.

Tanjung Piai-Hobi terbaru






Sebenarnya bukan le hobi baru, dulu aku pun memang suka pemandangan, cuma material sekarang berbeza, dulu aku lebih suka melukis sekarang ambil gambar la pulak. Mana-mana tempat yg aku gi ader yg menarik, inilah hasilnya.

Family day Part 2





Antara aktiviti yg disertai..tapi lebih byk posing jek.akekkeke..control cun la masa ni kan.

Puspatri Family Day






Kali pertama meraikan hari keluarga di sini. Venue Ismah Beach resort Melaka. Tarikh 27-28.3.2010..ape yg menariknya tarikh tersebut adalah hari jadi ku..seronok ler sikit..Yang tak seronok tak dapat rasa sotong yang aku perap utk BBQ..ciannyer..


Friday, April 23, 2010

Rifqi di wad




Kesian Rifqi..tiba-tiba sakit, muntah-muntah dan cirit birit...masuk wad dari 23.4.2010. Kena masuk air..Kena cucuk 3 kali baru dpt jumpa urat..nangis sekuat hati..Semoga anak mama cepat sembuh..

Wednesday, January 6, 2010

Perkembangan Harian Haziq di Tadika

5 Januari 2010 (Rabu)

Hari ni Haziq dah terkawal la..Bangun pagi terus mandi. Ayah gorengkan nugget sebagai bekal ke tadika. Suka. Balik, latihan hari ini mewarna lagi..Homework; yeah..ari ni haziq tak cakap kacang..memang la, dah mula kena buat matematik..tapi bila semak..semua jawapan yang dibuat betul...pukul 8 jek dah tidur..ngantuk agaknya..kat taska dia tak tidur langsung..pengasuh dia pun kata ari ni dia balik terus buat homework dan main..tak tidur..kesian anak mama.. Gamabr Haziq ketika hari pertama ke tadika..siap pegang PSP lagi..



Perkembangan Harian Haziq di Tadika

4 Januari 2010 (Isnin)

Haziq bangun jam 6. Terus nak mandi. Bagus. Pastu terus nak pakai uniform..Alamak masalah ni..Apa tak nyer..kelas dia pukul 11.30pagi..susah gak nak bagitau dia..dia ingat kelas kul 8pagi..jenuh mencari idea nak kornerkan dia..last2 settle..rupanya dia nak elak masuk kelas ngaji. Tu yg berkobar nak pakai uniform..Hari ini Haziq dihantar oleh pengasuh di Taska. Haziq dah leh berdikari..dia nak gi sekolah ngan kawan-kawan. Latihan hari ini, tajuk: Diri Saya. Haziq kena lukis dan warna gambarnya sendiri..leh pakai la lukisan dia..dapat 2 bintang..Homework; berlatih menulis nombor satu dlm buku kotak-kotak...tu pun dia kata kacang lagik..mama dia bengang jek.. Haziq ketika berusia 8 bulan..