Saturday, October 10, 2009
Balik Kampung
Kepulangan yang tidak dirancang..setelah 3 hari berhari raya..terdetik dihati untuk menjenguk keluarga suamiku tercinta di kampung yang telah 5 tahun ku tinggalkan.Pagi 22/09/09, ligat tangan memasuki website airasia..tup..tap..tup..tap..deal..24/9/09 kami akan terbang ke kampung suamiku melalui penerbangan senai-lcct dan lcct-padang..preparation memang tak sempat..mak mentua sekeluarga pelagi..cam tak percaya yang kami akan beraya di sana..kakak iparku pun sanggup menangguhkan perjalanan pulang mereka ke Pekan Baru untuk bertemu dengan anak buahnya yang tidak pernah dilihat..untuk anak2 ku, ini kali pertama mereka akan pulang berhari raya bersama sepupu dan makcik mereka yang tidak pernah mereka lihat..adakah mereka akan seperti ayam dan itik? perbezaan adat dan pergaulan mungkin akan membataskan perbualan mereka..aku bersyukur kerana dpt menziarahi pusara arwah bapa mentua ku iaitu Nursyirwan Bin Abas yang telah 2 tahun pulang ke pangkuan Illahi.Gambar2 yang di'upload' menggambarkan kegembiraan kami sekeluarga kerana dpt pulang berkumpul dengan mereka yang kami sayangi..Terima kasih Ya Tuhanku kerana telah menunaikan hajatku dan membawa kami sekeluarga pulang ke Malaysia pada 29/09/09 sehari sebelum kejadian gempa melanda Padang dengan selamat..Kepada mereka yang dilanda musibah sentiasalah memohon kepadaNya..
Subscribe to:
Posts (Atom)