Sunday, August 19, 2018

Waris Melayu Minang

Panglima: Muhammad Amir Haziq


AmirPutera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur
HaziqCerdik, pandai
MuhammadYang terpuji, di rahmati


Panglima: Muhammad Amir Rifqi

AmirPutera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur
MuhammadYang terpuji, di rahmati
RifqiLemah lembut, kawan pendamping

Panglima: Muhammad Amir Ziqri

AmirPutera, ketua, pemerintah, penguasa, pemimpin, makmur
MuhammadYang terpuji, di rahmati
ZiqriTerpuji, Yang Memuji Allah



Seindah dan sekuat pilihan namamu wahai warisku begitu juga aliran darah kami di dalam dirimu. Doa dan kesejahteraan buat kamu di dunia dan akhirat tiada berkesudahan. Allah swt meminjamkan kamu kepada kami sebagai penjaga sementara dengan diiringi suka dan duka. Cantik sungguh lakaran peta kehidupan kami dengan kehadiran kamu permata hati. Dampingi dan ingatlah kami sentiasa sebagaimana kami mengimpikan kehadiran kamu dalam  kehidupan kami sepanjang hayat. Kamulah yang telah mengangkat kami ke satu gelaran terindah sebagai seorang ibu dan ayah. Allah itu Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang.

Saturday, May 7, 2011

Menggondam

Ekoran runggutan dari kawan aku kat opis..sampai ke pagi aku tukar inteface blog aku..sib baik selesai..dah lama sangat aku tak berblog...sibuk sangat ker?..atau buat2 sibuk..entahlah..anyway i'll try to keep it up..so org tak boring...

Saturday, December 4, 2010

Haziq's Final Day




Dah lama tak mengupdate kat blog sendiri. Apa khabar semua? Ni pun teringat gambar kenangan Haziq yg rasanya rugi kalau tak dikongsi..Periksa akhir tahun haziq berjaya dapat no 1. Yea....congrats..gambar2 terakhir haziq bersama cikgu kelas dia..Adik dok sibuk sebab ade chipmunks Marrybrown buat chicken dance..



Sunday, August 29, 2010

Kelas Cokelat



Salam ramadhan..dah lama tak mengupdate..sebenarnya dah lama aku nak belajar buat cokelat ni..alhamdullillah semalam dimakbulkan jua dengan muncul nya rakan baikku dari KL ni..Nama cikgu cekelat aku kali ni...Cikgu Hasnah.. yang diimport khas dari KL sempena dia bercuti bersalin..kahkahkah..aku dera dia..pada mulanya ingatkan buat cokelat ni payah..tapi lama2 seronok gak dengan askar aku 2 orang bantu menghabiskan cokelat yg mama dia tgh buat..apa pun aku ucapkan ribuan terima kasih kat kawan baikku atas tunjuk ajar..semoga ilmu yang aku dapat akan berguna pada masa depan..sori gambo tak berapa menawan, pakai h/p jek..rasa cokelat tu tak leh tahan..marvelous..yummy...nasib baik posa.. :)

Sunday, July 11, 2010

Trisno@Newspaper Sinar 11.7.2010

Kul 8.07am Kak Lyn kawan lama dari suratkhabar Sinar sms..citer trisno kua paper hari ni..aku g kedai ngan mak mentua yg baru 5 hari sampai M'sia. Tunjuk jek story anak dia, senyum bangga, nada suara terus bertukar..naik kete terus baca walaupun spek tertinggal kat rumah..dah jalan ke kipmart masai, terus mak mentioned nak beli senaskah lagi nak bawak balik kg. Pergh..betapa bangga nya dia ngan kejayaan anaknya. Sampai rumah tak sabar dia nak tunjuk kat anaknya. Aku pun tumpang bangga gak..tapi bangga dengan cara tersembunyi..Tahniah 'suamiku'.


Thursday, July 8, 2010

FRIENDSHIP'S DAY PUSPATRI



Kepala yang berkecamuk dan hati yang sedih terubat bila mendapat hadiah pada hari istimewa ni. Dah lama aku tak rasa seperti dihargai seperti hari ini. Hadiah yg diberi dgn penuh keikhlasan diterima dengan penuh kesayuan. Terima kasih kepada semua terutama kepada seseorang..i really appreciate it.

Saturday, July 3, 2010

Report Card Day - 3 July 2010











Tahniah untuk Mohammad Amir Haziq Bin Trisno Quartris kerana berjaya mendapat tempat ke 2 dalam kelasnya. Mama bangga dan hampir menitiskan air mata tadi. Waktu pertama kali Haziq melangkah ke sekolah, mama hanya mengharapkan Haziq belajar sambil bermain saja, tapi mama tak sangka anak mama serius waktu belajar. Hari Isnin nanti cikgu akan beri abang hadiah di kelas. Cikgu pesan, kalau hujung tahun Haziq berjaya dpt no 1-3 nanti dapat naik pentas amik hadiah. Apa pun mama doakan kejayaan anak mama sampai bila-bila. Mama cuma dapat hadiahkan sand art Toy Story aja untuk abang. Mama bersyukur kepada Tuhan atas anugerahnya selama ini..Amin